Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Isnin, 30 September 2013

TOT- One In A Million

Kursus Training Of Trainer One In A Million ni berlangsung pada 25 dan 26 hb September lepas di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis.

Banyak pembentangan menarik daripada penceramah2 terpilih yang memberi maklumat tambahan kepada kami terutamanya tentang perbandingan agama.

Penceramah terdiri daripada Saudara Lim Jooi Soon, Firdaus Wong Hei Hung dan juga Mohd Amin Yaakob.





Wonderful Weekend


Jalan-jalan ke Muzium Padi.



1st time datang, walaupun selalu duk lalu lalang kot ni. Bila ajak En. Suami kesini, selalu jawabnya " bukan ada apa pun". 



Sekali datang, teruja anak-anak. Depa bukan penah tengok pun alat-alat yang digunakan untuk bersawah. 



Seronok bergambar dalam muzium padi. Macam2 gaya ada.



Nampak kepuasan di mata anak-anak bila sesekali bawa depa berjalan-jalan.



Bila-bila ada masa boleh datang lagi.... :)




Sabtu, 21 September 2013

Mandi Sungai Lagi...


Jalan nak pi ke sungai. Ekceli sungai yang kami nak pi ni duk dalam kawasan kebun En. Tahiri. Memang kena lalu kawasan semak samun la... Mujur ada black giant En. Tahiri. So, tak dak masalah la...


Cari port baik punya nak lepak-lepak. Tak dak orang lain, so tempat bukan masalah. Pilih jer kat mana berkenan. Tak payah berebut.
Tiga beradik ni duk terkial-kial nak pi ketempat yang abah depa pilih. Susah jugak nak jalan dalam ayaq. Ada batu2 pulak tu. Silap pijak boleh luka kaki. 


Posing-posing dulu. Abah dah jumpa port yg sesuai. Line clear boleh hampar tikar untuk lepak2.


Dah dapat port lepak, siap tungku dapur pulak untuk memasak. Ala masak megi jer...ringkas2. Tapi mmg bestla pekena megi sambil main air...


Bebudak ni dapat megi bila2 masa pun pulun. Nak2 pulak bila berendam dalam air sejuk. Memang laju...


Lepas makan berendam dalam air puas-puas. Aiman kalau dapat mandi sungai memang teruja...

Isnin, 16 September 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Aiman


Alhamdulillah... Aiman dah 8 tahun. 

My only boy. 

Ummi dan abah doakan semoga Aiman jadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Jadilah anak yang baik dan taat kepada kedua orang tua. Jadilah juga abang yang penyayang kepada adik-adik.

"Allahumma faqqih hu fid deen wa 'allim hu ta'wil"

Aiman setahun

Selasa, 10 September 2013

Selamat Ulang Tahun ke-3 Nuha.


Alhamdulillah...

Nuha dah pun genap 3 tahun. Sangat chumell dan sangat pintar. Bila snap gambar, bermacam gaya dam memek muka.

Hmm...itulah puteri bongsu saya. Antara permata-permata hati kami berdua.

Selamat ulangtahun sayang. Semoga sentiasa solehah dan selamat di dunia dan juga akhirat.

"Allahumma faqqih ha fid deen wa 'allim ha ta'wil"


Isnin, 9 September 2013

Majlis Pelancaran Larian Obor SIPMA ke 5

Acara diadakan pada 7hb September baru2 ni. Hari Sabtu, tapi kami semua keje untuk menggantikan cuti Raya Haji nanti.



Saya terlibat sebagai AJK Jemputan dan Sambutan dalam majlis ni. Siap jadi usher pulak tu.


Tema pakaian hari ni merah hitam.


Walaupun awan berarak mendung, gerimis kadang2 lebat, acara tetap diteruskan sehingga tamat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi