Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan

Selasa, 14 April 2015

Selasa, 3 Februari 2015

Isnin, 22 September 2014

Damai Gunung


Tak habis lagi dengan kisah-kisah mandi kolam, air bukit dan privasi. 



Rentetan daripada bersantai di Slak Denai beberapa minggu sudah, kami terpanggil untuk menghabiskan cuti di kolam macam tu jugak.



Tapi sayangnya, Salak Denai kalau tanya last minit memang payah la nak selit masuk. Dapat hari tu pun kebetulan langkah kanan.



So, sebab semnagat Salak Denai tu masih menyala, saya try pulak dengan Damai Gunung Resort. 



Konsepnya sama macam Salak Denai, 1 kolam 1 chalet, cuma environment dia berbeza sedikit. Yang ni letaknya tepi jalan. Sambil2 mandi kolam, dengarla kereta duk menderu menderam...hihihi



Apapun misi tetap terlaksana. Hasrat nak bagi anak-anak happy. Budak-budak tu tak kisah. Asal ada kolam, air...jalan.

Khamis, 4 September 2014

Salak Denai...Destinasi Percutian Keluarga

Akhirnyaaa....

Sampai juga kami. Hampir 2,3 bulan mengejas mencari tarikh yang sesuai. Alhamdulillah 30/8 baru2 ni diizinkan Allah ke sini. 
Sungai bersebelahan kawasan chalet. Jernih dan sejuk airnya. En. Tahiri sempat turun basuh2 muka sementara menunggu nak check in.
Sebenarnya saya duk tanya dari bulan 6 lagi, tapi asyik penuh memanjang. Tah macam mana awal bulan 8 sms tanya, owner dia kata ada 30/8 masih ada kosong lagi. Terusla saya booking.

Masuk kedalam kawasan chalet yang di tempah, inilah view dia. Sangat mengujakan. Anak2 dah tak sabar nak terjun ke dalam kolam. Kolam dia ada dua part. Untuk orang dewasa ngan kanak-kanak. Tapi yang kanak-kanak tu kecik je kolam dia. Nak lebih puas masuk ke kolam dewasalah. Tapi kena pakai pelampung dan dibawah pengawasan orang dewasa sebab kolam ni agak dalam.
Tu pun rasa macam separuh hati jerr nak pegi sebab ramai yang tak leh join mula-mulanya. Masing-masing ada komitmen lain. Macam kami lima beranak ja yang akan ke sana. Dah lah amik chalet besar @ chalet Siti Aisyah.
Bahagian dalam chalet. Ada dua bilik tidur, 1 dapur, ruang tamu, 2 bilik air dan 2 tandas. Fasiliti yang disediakan kiranya agak bersesuaian. Jangan harap lebih2 sebab ini bukan hotel 5 bintang yeaa...
Takdirnya pula hujan sepanjang minggu. Saya ada sms tanya owner chalet, tanya keadaan kat sana. Memang hujan pun dia jawab. Dah mula cuak sebab takut air keruh, sejuk nak berendam macam mana.


Dah penuh kolam ngan budak dan bapak2 budak.
Tapi lepas bincang dengan en. Tahiri, dia kata kita on aja lah. Dah la nak booking susah. Kita pederaih tengok macam mana.


Mak-mak pulak sibuk memasak & gossiping...hihi
Alhamdulillah, pada hari kami nak check in ke chalet cuaca terang benderang. Seronoknya! Semua teruja. Adik saya sarah pula balik dgn suami dia drpd K.L manakala siti pula berjaya menukar jadual on call dengan kawan yang lain. Maka tiba-tiba rancangan percutian jadi meriah semula. Ramai pulak yang involve.
Tu diaa...my hubby...tunjuk skil bakaq ikan. Jenuh kipas nak bagi arang menyala.
Kami bertolak dari rumah dah agak lewat. Singgah sana sini beli barang dulu. Dipendekkan cerita, hampir pukul 12.00 baru kami check in di sana. 

Sehari suntuk duk dalam kolam ni aja...
Istimewanya Salak Denai ni setiap chalet dilengkapi dengan kolam mandi yang privasi untuk pengunjung kolam sahaja. Bersumberkan air dari bukit dan bebas klorin, pengalamannya tak sama macam mandi kat kolam awam.  Ekceli, chalet ni sangat sesuai untuk mereka yang sukakan suasana kampung. Bagi anda yang inginkan percutian ala hotel lima bintang, ini mungkin bukan tempatnya. 


Posing2 sebelum balik...
Tapi percayalah kebanyakan customer yang datang kesini, berharap untuk datang semula lain kali. Cuma itu lah, tempat ni macam goreng pisang panas. Setiap kali tanya FULLY BOOKED. Ada yang booking 4,5 bulan sebelumnya. Hmmm...

Pengsan kepenatan...

Apapun chalet ni macam dah masuk dalam kalender cuti-cuti kami sekeluarga. InsyaAllah jika ada kelapangan waktu dan kesempatan, kami pasti akan kembali ke sini.

Sabtu, 14 Jun 2014

Piknik...

Menghabiskan cuti sekolah yang berbaki...

Kesian anak-anak dah nak abis cuti sekolah pun tak bawa pi jalan mana-mana.

Saya dan En. Tahiri just bawa depa piknik kat Pantai Merdeka... Mujuq sungguhla ada pantai yang seciput tu kat negeri Kedah ni, boleh juga p berkelah ngan family.

Ikutkan x la jauh sangat pantai merdeka tu ngan rumah saya. Dalam sejam lebih sikit macam tu. Tapi haru jugak nak sampai sana, sesat sampai jadi berjam2. Ni GPS punya pasal la ni kih...kih..kih

Oklah...Jom tengok apa jadi kat sana...
   










Sampai pantai dah lewat, sempat mandi sekejap saja sebab air makin pasang. Tak sampai sejam pun depa main air dah suruh naik ke atas. Bimbang pulak anak-anak duk dalam air tu. 

Lepas makan dan bersihkan diri kami decide untuk ke air terjun pulak. Nak mandi lagi...hihihh...tadi tak puas mandi pantai.

Kami ke Lata Peranginan Tupah. Kat sini memang puas anak-anak berendam. Sampai naik biru kakitangan.









Selepas puas berendam kami patah balik ke Pulau Sayak. Adik ajak makan mee udang. So, berjimba-jimba ke sana lah pulak...



Sambil tunggu hidangan anak-anak ambil peluang turun ke pantai. Tak mandi pun, cuma kutip kulit kerang dan main-main pasir di pantai...








Nah...nasi goreng udang, yang ni En. Tahiri punya...


Deretan air yang menjadi pilihan...


This is mine...mee udang special...hmm wallahhh...


 Hampir maghrib baru kami bergerak balik kerumah masing-masing. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi