Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Memaparkan catatan dengan label Home Sweet Home. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Home Sweet Home. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Jun 2014

Kenduri doa selamat...Aiman.

Alhamdulillah...dah selesai semuanya.










Ahad, 25 Mei 2014

Hobi Baru...

Minat boleh berubah kan...

En. Tahiri pun dah obses dengan pokok bunga sekarang ni. Pantang tengok bunga semuanya dia tunjuk, bunga rumput pun nampak cantik.

Tanam bunga ni ibarat terapi diri la. Seronok tengok pokok berbunga meriah. Rasa puas hati membelai dan membajanya. 

Tapi saya tak la sampai tahap bercakap-cakap ngan pokok bunga lagi. Hehehe...







Isnin, 19 Mei 2014

DIY...rumah pokok

Macam-macam idea En. Tahiri...

Nak buat tempat lindung pokok katanya. Dah orang nak buat, kita terima jelah. Janji pokok bungaku selamat...hihihi...









Khamis, 16 Ogos 2012

Housekeeping...before raya

Raya dah dekat, jom kemas apa yang patut...



Isnin, 30 Januari 2012

Ahli Keluarga Baru

Opsss...nanti dulu. Jangan salah faham ye bila membaca tajuk entry di atas.

Sebenarnya memang kami telah menerima kehadiran ahli keluarga baru dalam keluarga kami. Kehadiran yang santag dinanti-nantikan terutama saya dan en. suami.  Lama dah kami tunggu. Dari hari ke minggu, beralih ke bulan, dah nak makan tahun pun. 

Persediaan pun telah dibuat untuk menempatkannya dalam rumah kami. Nak letak kat mana ni??? Akhirnya kami buat keputusan untuk meletakkannya didapur. Maaf yer tempatnya memang sesuai di dapur.

Akhirnya saat itu tiba...dan kami sekeluarga menyambut kehadirannya dengan seribu kesyukuran. Semoga kehadirannya menyerikan hidup kami sekeluarga.

Welcome to our home 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ENCIK DISPENSER




Ada air panas dan air sejuk.

P/S : lepas ni senang lah sikit tugas saya untuk meyediakan minuman kegemaran en suami setiap hari....

Sabtu, 28 Mei 2011

Ops Lalang...

Petang semalam, satu operasi besar-besaran telah dilakukan bagi memusnahkan musuh yang sekian lama menghuni di halaman rumah kami. Sebenarnya operasi ini telah dirancang dengan teliti dan hasil persetujuan bersama beberapa orang pegawai telah dipilih untuk menjayakan misi ini. 

Operasi ini membabitkan 1 pegawai terlatih dan 2 pegawai yang selalu letih dan mereka menggunakan senjata serta peralatan yang canggih untuk menumpaskan musuh. Pihak kami juga bersetuju melantik Abah sebagai Jeneral a.k.a ketua operasi, Aiman sebagai Sarjan dan Deena sebagai Prebet sapu. Manakala Ummi dan Nuha sebagai pemerhati bangsa-bangsa bersatu dari dalam rumah.

Operasi tersebut telah dilaksanakan dengan begitu jayanya. Pujian juga patut diberi kepada 2 orang pegawai tidak terlatih tersebut kerana telah menunjukkan kesungguhan yang jitu. Maka dengan ini,ummi telah bersetuju untuk menaikkan pangkat mereka dan mereka akan diraikan dalam satu jamuan keluarga tidak lama lagi. 

Gambar-gambar operasi boleh dilihat dibawah......

Jeneral memulakan operasi. Masa ni sarjan ngan prebet tu duk tengok jer kat tepi.

Mesin bagi habih no...



Anak-anak dah mula bertugas...tengok Deena tu, sempat lagi menyengih...

Ha...sapu cepat, dah nak maghrib ni...


Aiman teruja...1st time boleh tolong abah mesin rumput.


Deena tu enterframe jer banyak...




Finishing



Pass baton ke Aiman???

Ha...lapang sikit.

Angkut ke tempat bakar sampah

Mission accomplished...halaman rumahku cerah kembali...
Laporan oleh AlJazeera Ummi

Moralnya, kadang-kadang anak boleh dilibatkan dengan aktiviti-aktiviti sekeliling rumah. They will learn and develope themselve and enjoy the activity...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi