Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Memaparkan catatan dengan label KMP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KMP. Papar semua catatan

Isnin, 9 Mac 2015

Konsert UNIC di KMP

Konsert berlangsung pada 6 Mac 2015










Rabu, 15 Januari 2014

PROGRAM CINTA RASUL

Semarak cinta Rasulullah SAW...

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAIDINA MUHAMMAD




Rabu, 4 Disember 2013

Kursus Pengurusan Jenazah 2013

Kursus berlangsung pada 1 Disember hari tu. 

Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak Pusat Islam tentang kaedah pengurusan jenazah.

Bergambar dengan Ustazah Nawadir, salah seorang fasilitator sebelum kursus bermula.

Ustaz Haniff...penceramah kursus daripada KAGAT Perlis

Ambik gambar sat...hehehe

Peserta kursus khusyuk mendengar ceramah...ustazah sempat lagi posing tu...

Praktikal kafan jenazah

Ustazah tunjuk cara...

Model jenazah...

Jenazah tengah mendengar penerangan daripada ustazah

Sedia untuk praktikal solat jenazah

Briefing daripada ustaz

Praktikal solat jenazah....

Cenderahati untuk penceramah

Cenderahati untuk fasilitator

Cenderahati untuk model jenazah...lelaki

Model jenazah...perempuan

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga mendapat input yanh berguna daripada kursus ini.

Jumaat, 29 November 2013

Bubur Asyura KMP











Isnin, 30 September 2013

TOT- One In A Million

Kursus Training Of Trainer One In A Million ni berlangsung pada 25 dan 26 hb September lepas di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis.

Banyak pembentangan menarik daripada penceramah2 terpilih yang memberi maklumat tambahan kepada kami terutamanya tentang perbandingan agama.

Penceramah terdiri daripada Saudara Lim Jooi Soon, Firdaus Wong Hei Hung dan juga Mohd Amin Yaakob.





Isnin, 9 September 2013

Majlis Pelancaran Larian Obor SIPMA ke 5

Acara diadakan pada 7hb September baru2 ni. Hari Sabtu, tapi kami semua keje untuk menggantikan cuti Raya Haji nanti.



Saya terlibat sebagai AJK Jemputan dan Sambutan dalam majlis ni. Siap jadi usher pulak tu.


Tema pakaian hari ni merah hitam.


Walaupun awan berarak mendung, gerimis kadang2 lebat, acara tetap diteruskan sehingga tamat.


Rabu, 5 Jun 2013

Ceramah Israk Mikraj



Ceramah sambutan Israk Mikraj oleh Ustaz Abdullah Din daripada Sek. Men. Keb. Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang.


Pengisian yang bagus dan mantap. Ustaz ceramah tentang bahaya Syiah yang semakin menular kat Malaysia ni.

Ni adalah beberapa gambar sepanjang ceramah yang sempat disnap.





Jumaat, 19 April 2013

Thank You

Kek ni daripada student-student A8T8. 

Semua lecturer yang ajar kelas depa, depa bagi dua biji cupcake yang tertulis huruf T dan Y. Bila tanya depa, katanya T dan Y tu mewakili Thank You. Oooo... cam tu.

'Ala kulli hal, thank you too... :)



Isnin, 11 Mac 2013

LAWATAN KONSTEKTUAL KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH

Selesai sudah tugas menjadi pengiring AJK Pusat Islam dan AJK Biro Kerohanian JPP KMP dalam Program Lawatan Konstektual Ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK). 


Seramai 8 orang pensyarah dan 75 orang pelajar terlibat dalam aktiviti lawatan kali ini.


Kami sampai di Kompleks Mahkamah Syariah Alor Setar lebih kurang pukul 10 pagi. Disambut oleh urusetia yang terlibat dan terus dibawa ke dewan ditingkat 4. Taklimat diberi oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Syaria iaitu Tn. Syeikh Hj. Abd Ghani tentang peranan dan fungsi JKSNK.


Seterusnya kami dibawa melawat ke bahagian pentadbiran dan dewan-dewan perbicaraan disini. Sambil melawat sempat juga snap beberapa keping gambar. Tinggal tak duduk dikandang pesalah sahaja.


Dalam pada tu, pihak JKSNK berbesar hati mengadakan jamuan ringkas untuk semua peserta diakhir lawatan di JKSNK.

Kami kemudian menuju ke Masjid Zahir Alor Setar untuk menunaikan solat Zohor sebelum makan tengahari di Restoran D' Dapur Ibuku. 


Suka dengan konsep restoran ni, sangat ekslusif dan sesuai untuk acara makan-makan, tak kiralah bersama keluarga mahupun rakan sekerja.


Memilih menu Pakej D dimana hidangan untuk 6-7 orang makan, setiap meja disajikan dengan nasi putih, tomyam campur, paprik campur, ayam pedas ala thai. siakap 3 rasa, telur dadar kangkung goreng pedas dan juga 1 jug air oren.

Untuk keseluruhan menu yang disediakan memang menyelerakan dan menepati selera. 

Lawatan diteruskan lagi ke Pekan Rabu Alor Setar, tetapi saya tak ikut. Nak cepat balik sebab anak cuma transit kat rumah mak. kesian la pulak kalau dibiarkan lama-lama. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi