Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Isnin, 30 Januari 2012

Ahli Keluarga Baru

Opsss...nanti dulu. Jangan salah faham ye bila membaca tajuk entry di atas.

Sebenarnya memang kami telah menerima kehadiran ahli keluarga baru dalam keluarga kami. Kehadiran yang santag dinanti-nantikan terutama saya dan en. suami.  Lama dah kami tunggu. Dari hari ke minggu, beralih ke bulan, dah nak makan tahun pun. 

Persediaan pun telah dibuat untuk menempatkannya dalam rumah kami. Nak letak kat mana ni??? Akhirnya kami buat keputusan untuk meletakkannya didapur. Maaf yer tempatnya memang sesuai di dapur.

Akhirnya saat itu tiba...dan kami sekeluarga menyambut kehadirannya dengan seribu kesyukuran. Semoga kehadirannya menyerikan hidup kami sekeluarga.

Welcome to our home 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ENCIK DISPENSER




Ada air panas dan air sejuk.

P/S : lepas ni senang lah sikit tugas saya untuk meyediakan minuman kegemaran en suami setiap hari....

Selasa, 17 Januari 2012

Banyaknya Pahala Deena...Ummi!!

Suatu petang selepas balik dari keja, saya buat-buat sibuk didapur menyediakan makan malam untuk keluarga. 

Sesekali kepala menjengah keruangan keluarga, meninjau apa yang dilakukan oleh 3 beradik kat depan tu.

Terjerit saya bila melihat Deena  memanjat kerusi dan mengintai-intai ke dalam almari  yang diletakkan disudut dinding.

" Deena...buat apa panjat-panjat tu. Turun...nanti jatuh"

"Sat la Ummi, Deena nak kira pahala Deena ni." Deena menjawab.

Kepalanya masih menjengah ke dalam almari Sambil kaki terjengket-jengket kerana tahap kependekannya menyebabkan dia sukar melihat ke dalam almari dengan jelas walaupun telah dibantu dengan kerusi.

"Pahala??? Pahala apa pulak yang budak ni duk tengok?" Benak saya tertanya-tanya sambil kaki melangkah ke depan. 

Dari jauh kedengaran suara Deena mengira 

"Satu...Dua...Tiga...Empat... Ummi...ada baaanyakk pahala Deena Ummi...

"Mana pahala Deena?"

"Tu...banyak kan Ummi"

Saya melihat ke dalam almari, tempat 'pahala' yang disebut Deena  lantas tersenyum dan rasa ingin tertawa.



Sambil menahan tawa saya berkata 

"Hmmm ....yang tu bukan pahala Deena, tapi pahala Along (Aiman). Kalau Deena nak pahala Deena pun kena jadi macam along. Belajar rajin-rajin dan ikut aktiviti sekolah. Tahun ni bolehlah Deena kumpul pahala banyak-banyak sebab Deena dah masuk sekolah."


"Oooooo..." mulut Deena terlopong mendengar kata-kata saya. 

Faham ke dia??? Mungkin tak berapa faham, tapi insyaAllah dengan peredaran masa dan perubahan persekitaran, lama-lama Deena akan faham.

* 'Pahala' yang dimaksudkan oleh Deena dalam entry di atas adalah piala yang dimenangi oleh alongnya ketika di pra-sekolah.

Isnin, 9 Januari 2012

An Evening At Tasik....

Petang Jumaat lepas bawa anak-anak ke Tasik Darulaman. Sajalah...rekreasi hujung minggu. Mentelah, jarang-jarang hujung minggu dihabiskan disini. Selalunya agenda utama hujung minggu kat kampung. So, manfaatkan sepenuhnya peluang yang ada.

Ya Allah, seronok rupa-rupanya budak-budak ni bila dapat lepas bebas daripada rumah. Puas berlari-lari. Kalau kat rumah, berlari di dalam pagar je lah....

Adalah beberapa keping gambar yang sempat di snap.




















Selasa, 3 Januari 2012

Sesi Persekolahan 2012 Telah Bermula

Hari pertama persekolahan sesi 2012. Rasanya pagi ni tak banyak masalah sangat nak membangunkan Aiman dan Deena dan menyiapkan mereka ke sekolah. 

Aiman gerak sekali dua dah bangun dan terus menuju ke bilik air. Mandi, berpakaian dan solat subuh. Jam 7 keluar bersama abahnya menunggu bas di petronas depan sana. 



Haisshh...sebenarnya risau juga, ini 1st time dia naik bas sekolah. Macam manalah agaknya keadaan dia dalam bas dan kat sekolah hari ni. Apapun saya mendoakan yang terbaik untuk dia. Tunggu dia balik sekolah petang nanti, mesti banyak cerita yang dibawanya.

Yang sorang lagi, puteri kedua saya Deena, hari ni hari pertama dia di sekolah (prasekolah). Usia menjangkau 4 tahun, Deena sebenarnya masih kuat dipengaruhi emosi kanak-kanaknya.  Agak risau juga memikirkan macam mana dia akan menghadapinya.

Mentelah semalam kami suami isteri tak tidur lena kerana dia menangis sepanjang malam. Terisak-isak... Bila ditanya kenapa, tiada jawapan jelas yang diberikan. Kejap katanya Aiman mengusik, kejap katanya kesejukan, kejap pula katanya dia demam. 

Bingung... mungkin ketakutan memikirkan hari persekolahan atau apa??? Wallahua'lam. Sempat jugalah semalam kami habiskan cd ruqyah 2,3 round sampai dia tenang dan boleh tidur dengan lena.

Alhamdulillah, pagi ni dia bangun sendiri tanpa merengek-rengek. Bila tanya kenapa semalam menangis, senyum-senyum aja dia. Hmm....puteri yang seorang ni memang sukar diduga. Emosinya sekejap tenang dan sekejap...macam ribut.

Saya mandikan dan pakaikan dia baju. Comel dalam uniform sekolah, tapi riak wajahnya agak keruh. Mungkin bimbang menghadapi suasana baru. Anak perempuan barangkali... Deena tak macam Aiman yang sentiasa tidak 'kisah' menghadapi apa saja detik baru dalam kehidupannya


7.45 pagi kami sampai disekolah Deena. Saya hantar dia kedalam, menemaninya seketika. Asyik berkepit dan tak mau berenggang. Bila ditanya cikgu sepatah pun tak menjawab. Nampak naif dan agak malu-malu. Ekspresi mukanya pula tidak begitu ceria.


Betul kata orang setiap anak perangainya tak sama. Dengan Deena saya perlu banyak kesabaran dan meladeni emosinya dengan baik.


8.15 saya minta diri daripada gurunya untuk bergegas ke pejabat. Deena memeluk kaki saya erat. Saya dakap Deena, mencium wajahnya berkali-kali dan berkata. "Ummi pi keja dulu, Deena duk kat sekolah baik-baik, dengar cakap cikgu ye. Nanti pukul 11 abah ambik Deena".  


Deena angguk, perlahan dan melepaskan pelukan. Tapi yang penting Deena tak menangis. Dan saya pun tak lah rasa susah hati sangat meninggalkan dia bersendirian disekolah.

Sabarlah anak-anakku, proses ini dilalui oleh setiap manusia. Ummi dan abah juga dulu begitu. Dan proses demi proses yang dilalui itulah yang akan mendewasakan kalian dalam menempuhi kehidupan yang amat mencabar ini. Iringan doa daripada abah dan ummi moga kalian sentiasa melepasi setiap halangan yang mendatang.

Ahad, 1 Januari 2012

Hari Orientasi Aiman di SERIAS

Aiman telah menjalani minggu orientasi di Sek. Ren. Islam Alor Star (SERIAS) dengan jayanya. Aiman bangun sendiri awal pagi tu. Siap gerakkan ummi sekali. Kalau tidak,....hmmm puas lah ummi terpekik nak bangunkan dia.

Agak riuh mulut dia bila tengok jarum jam menghampiri angka 8 sedangkan kami masih lagi di jalanraya. Sibuk dia suruh abah bawa kereta laju-laju supaya cepat sampai ke sekolah. 

Nampak Aiman boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Hopefully lepas ni tak de banyak masalah yang timbul. Yang pasti Aiman sangat teruja menjalani sesi persekolahannya.

Beratur ramai-ramai, dengar taklimat daripada PK HEM dan pembahagian kelas.

Aiman ditempatkan di tahun 1 Islam, sekali denga Afi.



Dapat buku, berat jugak tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi