Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Rabu, 25 November 2009

Happy Annivesary

5 tahun....

Khamis, 29 Oktober 2009

Mak...Kau pergi jua...

Salam blogger...

1 minggu yang suram...

Hari ini genap 7 hari mak (mentua) meninggalkan kami sekeluarga. Sebenarnya penghujung Ramadhan lagi mak mula berubah tingkah. Asyik mengantuk, tidur sepanjang masa. Kami ingatkan dia keletihan kerana berpuasa.Tambahan pula mak adalah penghidap kencing manis dan darah tinggi. Mungkin kekurangan pengambilan gula sepanjang berpuasa menyebabkan dia kehilangan tenaga.

Ada juga cakap-cakap mengatakan mak terkena sampuk, ada benda yang menumpang. Puas juga di bawa berubat tapi keadaannya tak banyak berubah. Mak jadi pendiam, murung... Berbeza dengan sikapnya yang sebenar. Mak biasanya tak reti duduk diam. Ada saja kerja yang nak dibuatnya. Dalam usia melangkaui 70 tahun, mak masih gigih melakukan kerja disekeliling rumah. Kadang-kadang saya tertanya-tanya "Tak tau penat ke orang tua ni?". Itulah mak, orangnya kecil saja. Tapi kudratnya...

Petang Jumaat penghujung Syawal, telefon bimbit suami berdering. Kedengaran sayup-sayup suara pemanggil diseberang. "Siapa bang?" tanya saya selepas suami mematikan talian. Abang Lah, jawab suami saya. "Awat?", tanya saya lagi. "Abang Lah habaq mak tak sedaq. Nak minum pun tak boleh. Siang tadi elok aja pun." jawab suami saya. "Abang nak balik ka? Malam ni? Ke balik esok pagi?" "Abang ingat nak balik malam ni." "Ish..lewat kot bang balik malam. Balik esokla..." "Tak pe la, kita balik malam ni. Rasa tak sedap hati.." jawab suami saya.

Hampir jam sebelas malam baru kami sampai ke kampung. Rumah mak dipenuhi jiran tetangga. Begitulah suasana desa, semangat kejiranan masih terasa. Mak terbaring lesu, tidak mampu lagi berkata-berkata.

Semua adik-beradik suami bergegas pulang apabila disampaikan khabar tentang mak. Kak Imah dari Taiping, kak Ani dari Sg. Petani dan Abang Usin dari Klang sampai keesokan hari. Tangisan mak kedengaran apabila menatap wajah seorang demi seorang anak-anaknya. Tapi lidah mak kelu tak mampu untuk berbicara.

Kami sekeluarga tak mampu untuk berbuat apa-apa. Nak dibawa kehospital, kebanyakan ahli keluarga tidak bersetuju. Jadi mak hanya terbaring dirumah. Jiran tetangga berduyun-duyun datang berziarah.

Pagi Ahad kami pulang kerumah. Saya dan suami perlu bekerja. Aiman pula perlu ke sekolah. Saya menghampiri mak dan membisikkan ketelinganya bahawa kami akan pulang. Saya juga bisikkan bahawa kami akan pulang semula pada hari Khamis. Mak hanya mengangguk sedikit.

Disebalik ketenangan suami, saya dapat merasakan pergolakkan jiwanya menyaksikan insan yang paling dikasihi, insan yang yang paling banyak berbudi, insan yang bertarung nyawa melahirkannya kedunia dalam keadaan sebegitu rupa. Namun masih ada tuntutan lain yang perlu dilaksanakan.

Khamis, 22 Oktober jam 6 petang suami menelefon dari sekolah."Siap barang, kita balik malam ni juga" "Awat bang?" tanya saya."Keadaan mak nampak lain..." Saya faham dan terus mengemas. Lepas maghrib baru kami dapat bertolak pulang ke kampung. Hampir jam 10 kami tiba. Rumah mak dipenuhi saudara mara dan jiran tetangga. Mak nazak. Saya dan suami berwudhuk dan membacakan surah Yasin untuk mak. Seusai surah Yasin dibaca mak menarik nafas panjang. Mak sedang sakarat... Suami tak henti-henti membisikkan syahadah ditelinga mak. Ya Allah...permudahkanlah...

Akhirnya mak pergi jua... Saya lihat suami, dalam kepayahan menahan emosi. Matanya berkaca. Saya mengerti getar tubuhnya... betapa dia kehilangan insan yang paling dikasihi. Wanita yang pertama dalam hidupnya, wanita yang telah lama bertahta dalam hatinya.Dan saya turut berkongsi rasa...

Janji Allah itu pasti, dan kita sebagai hamba perlu bersedia menghadapi...

Rabu, 14 Oktober 2009

Kerja...

Salam blogger...

Lama saya tak post apa-apa entry. Ntahla...kadang-kadang nak menulis blog ni kena ada idea juga. Baru la layan nak membacanya. Kalau sekadar coretan yang ntah apa-apa tah baik toksah tulis kan??

Sebenarnya 2 minggu ni dok melangut ja. Last week study week, minggu ni ngan minggu depan plak budak-budak exam. Pas tu cuti... Ibaratnya pegi keja 2,3 minggu ni punch in punch out ja...

Ada pun cuma nak kemaskini fail meja dan minit mesyuarat aja. Selebihnya...percambahan minda dengan rakan sekerja (sembang-sembang sebenarnya).

Tapi minggu depan okla, banyak aktiviti sikit. Ada bengkel permurnian modul lagi. Jadi sibukla sikit kot. Tak de can duduk melangut...So minggu ni bolehla blogging puas-puas.

Ahad, 20 September 2009

Satu Hari Di Hari Raya...

Selamat, Selamat, Selamat Hari Raya. Syawal 1430H disambut sederhana.

Hari Raya Pertama kami tak kemana-mana. Cuma berlegar disekitar kg suami saja. Selebihnya banyak dirumah mentua melayani tetamu yang datang.Tambahan pula keadaan kesihatan ibu mentua agak terganggu akhir-akhir ini.

Tapi meriah juga kerana tahun ini ramai ipar duai yang turut pulang berhari raya di kampung.

Yang penting anak-anak dapat melalui suasana hari raya dengan gembira. Aiman & Deena awal-awal pagi lagi dah bangun. Tempias seronok nak beraya. Puas menggeletar badan disiram kesejukan air bukit pagi2 buta. Tapi sebab zouq beraya, sejuk pun tak apa.

Seronok tengok dua-dua beradik memakai baju raya, Aiman dengan kurung johor, Deena dengan baju kurung pesak. Comel... Dah siap pakai baju boleh la round kampung kutip duit raya...

Khamis, 17 September 2009

Salam Aidilfitri 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dalam kelembutan lidah
Ada juga keterlanjuran kata
Dalam gurau dan senda
Tentu ada khilaf dan dosa

Sempena Syawal yang mulia ini jari sepuluh disusun memohon jutaan ampun dan maaf di atas segalanya...

Salam lebaran dari,

Tahiri, Shikin, Aiman & Deena

Rabu, 16 September 2009

Selamat Hari Lahir Aiman!

Lilypie - Personal pictureLilypie

Dalam kesibukan Ramadhan dan dengan kerja yang tidak pernah selesai saya hampir terlupa ulang tahun kelahiran putera sulung saya. Hari ini 16 September 2009 adalah ulangtahun kelahirannya yang ke empat.

Semakin dewasa putera sulung saya itu. Setiap hari ada sahaja keletahnya yang menggelikan hati, walaupun kadang-kadang saya dan abahnya menyinga dengan kelakuannya. Memanglah, anak itu permata hati. Walau macam mana sekalipun anak adalah amanah Allah dan merekalah penyeri rumahtangga.

Terimbas kembali kenangan, sebenarnya saya melahirkan Aiman awal 2 minggu dari tarikh jangkaan. Sebolehnya saya mahu bersalin normal. Kelahiran pertama pula tu. Takdir Allah.. Aiman perlu dilahirkan melalui pembedahan. Emergency caesarean kerana fetal distress.

Saat saya bertarung nyawa di bilik pembedahan, suami masih dalam penerbangan dari Kudat Sabah. Mujur saya di hospital ditemani oleh emak dan abah yang sentiasa memberikan sokongan. Suami hanya dapat menziarahi saya dan putera sulung kami itu keesokan harinya kerana dia sampai ke lapangan terbang Alor Setar jam 8 malam. Apapun ianya memang kenangan yang terindah...

Selamat Ulang Tahun Sayang... Semoga dewasamu menjadi anak yang soleh dan pintar. Dirimu adalah aset abah dan ummi yang paling berharga.

Sayang selalu...

Ahad, 13 September 2009

Ramadhan Kali Ini...

Terasa cepat masa berlalu. Sedar tak sedar Ramadhan semakin menghampiri ke penghujungnya. Tak lama lagi Syawal bakal tiba. Mudah-mudahan ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita.

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku sepanjang Ramadhan tahun ini, tapi kekangan masa menyebabkan tak tertulis pula saya di dalam ruangan blog ini.

Apapun, Ramadhan tahun ini adalah yang terindah kerana tahun ini saya betul-betul dapat melaksanakan ibadah puasa dengan suami tercinta. Itupun setelah masuk tahun kelima perkahwinan kami. Kenapa???

Bukan bermaksud tahun2 sebelum ni tak berpuasa bersama, cuma tak sepanjang bulan. Iyelah, tahun pertama saya di kampung, dalam pantang selepas melahirkan Aiman. Tahun2 seterusnya pula suami sibuk diperantauan menimba ilmu pengetahuan. Dekat2 nak raya baru pulang berpuasa bersama.

Tapi tahun ini sangat bermakna kerana suami sentiasa berada bersama. Berbuka puasa, bertarawikh, bertadarrus... Indahnya Ramadhan tahun ini.

Moga tahun-tahun akan datang, Ramadhan akan lebih bermakna...

Jumaat, 4 September 2009

TINGKATKAN IESQ ANAK-ANAK

Daun Kari.

Bahan-bahan untuk menumis kari telah saya mayang nipis-nipis. Serbuk kari telah saya larutkan. Santan kelapa juga sudah saya perah dan asingkan di dalam satu bekas. "Dah boleh mula menumis ni", bisik hati kecil saya. Tiba-tiba baru perasan pula satu benda yang tiada. Daun kari! Ya, saya terlupa nak memetik daun kari diluar rumah tadi.

Menjengah keruang tamu, nampak suami tersandar keletihan selepas pulang dari kerja. Kasihan pula nak minta dia tolong ambilkan. Terpandang wajah Aiman, putera sulung saya. "Boleh kot minta Aiman tolong ambilkan", getus saya dalam hati.

"Aiman, tolong ummi ambik daun kari sat boleh tak?" Aiman berlari ke arah saya. "Apa dia ummi? Daun kari?" Hmm..Daun kari kat depan rumah tok. Boleh ambik tak? tanyaku lagi. Aiman mengangguk.

Tak pe lah, abang pi ambik, tiba-tiba suamiku mencelah. Agaknya dia terdengar perbualan saya dan putera sulung kami. "Aiman bukan biasa pi ambik daun kari tu sorang-sorang",ujar suami saya lagi. "Tak pe abah. Aiman pandai ambik." Aiman menjawab.

Aiman memang suka kalau disuruh membuat sesuatu. Nak-nak pula perkara yang memerlukan dia keluar daripada rumah. Selalunya kalau dirumah saya kunci grill bagi mengelakkan dia keluar tanpa pengetahuan saya.

Suami saya membukakan kunci grill, sementara Aiman terus berlari keluar kerumah toknya untuk memetik daun kari. Saya kembali ke dapur, memanaskan minyak di dalam periuk. Dari luar lagi kedengaran suara Aiman, "Ummi...Ummi... Ni saya pandai ambik daun kari ni." Aiman menyerahkan seranting daun kari yang telah dipetik kepada saya.

"Terima kasih. Aiman minta kat tok tak?" tanya saya. "Tak saya ambik sendiri. Hmmm...Lain kali bagitau tok dulu ya nak ambik daun kari", ujar saya lagi. Aiman cuma mengangguk. "Ummi saya rajin kan tolong ummi", Aiman berkata lagi. "Hmm...rajin anak ummi. Pandai buat apa yang ummi suruh." Aiman tersenyum, riak wajahnya nampak puas mendengar pujian saya.

Saya pun meneruskan urusan yang tergendala tadi akibat kekurangan bahan. Menu kami sekeluarga malam ni, kari udang.

Berikan pujian terhadap mereka.

Anak sekecil Aiman sebenarnya sudah boleh di ajar untuk membuat sesuatu perkara yang sesuai dengan keupayaan. Dan apabila mereka berjaya melaksanakannya, jangan lupa untuk memberi pujian sebagai peneguhan. Anak-anak akan menganggap pujian yang diberi itu sebagai satu penghargaan untuk diri. Rasa berbunga hati ini bila melihat senyum ikhlas terukir dibibir anak-anak kecil yang menerima pujian.


(Kredit : Dr. Tengku Asmadi)

Kebelakangan ini anak-anak dan remaja semakin berani melakukan perkara-perkara yang tidak terfikir oleh kita. Ada anak ditikam hanya disebabkan seekor ayam belanda. Ada yang mati setelah bergaduh atas perkara yang kecil. Malah kes juvana dikalangan remaja turut meningkat. Kes-kes seperti Lumba haram, penagihan dadah, bohsia, hedonism, lari dari rumah, seks bebas, dan banyak lagi telah.

Sebagai ibu bapa, kita tidak mampu untuk berada di sisi anak-anak sepanjang masa. Kita hanya mampu menasihat, menegur dan memantau selebihnya adalah bergantung kepada kemampuan anak-anak membuat pertimbangan mereka sendiri.

Anak-anak perlu bijak membuat keputusan agar tidak terpengaruh dengan ajakan atau pergaulan yang boleh merosakkan masa depan mereka sendiri. Mereka perlu tahu batas-batas kenakalan mereka agar tidak sehingga membawa kepada perkara-perkara yang menyalahi peraturan, norma kehidupan dan undang-undang.

Anak-anak juga perlu ada kemahiran untuk mengesan hadirnya satu bentuk ancaman atau unsur kejahatan ke atas diri mereka. Apabila mereka memiliki kebolehan ini maka mereka boleh mengambil langkah berkesan untuk mengelak daripada terperangkap dalam situasi yang membahayakan diri mereka.

Sekiranya anak-anak mempunyai IESQ yang tinggi maka sebahagian daripada masalah yang kita dengar hari ini mampu dielakkan oleh mereka. Oleh itu adalah penting ibu bapa dan guru-guru berusaha meningkatkan IESQ anak-anak agar mereka mampu menjadi anak-anak yang selamat daripada pelbagai bentuk ancaman yang ada.

IESQ adalah singkatan kepada Intellectual-Emotional-Spiritual-Quotient. Ia berkaitan dengan tiga perkara penting yang perlu diasuh, dikembangkan dan ditajamkan dalam diri anak-anak iaitu kecerdasan intelek, emosi dan rohani.

Menjadi contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.

Langkah pertama melahirkan anak-anak yang tinggi IESQ ialah mulakan dengan diri kita sendiri. Ibu bapa dan para guru secara langsung atau tidak langsung menjadi contoh kepada anak-anak. Anak-anak lebih cenderung mencontohi apa yang mereka nampak dan bukannya apa yang mereka dengar.

Malah Nabi Muhammad SAW sendiri memiliki akhlak, peribadi dan tingkahlaku yang menjadi contoh kepada sahabat dan musuh. Akhlak, peribadi dan tingkahlaku ini membentuk kredibiliti. Kredibiliti membuatkan mereka yang ada disekeliling kita menghormati dan mempercayai kita. Ibu bapa dan guru-guru yang mempunyai kredibiliti yang tinggi akan mampu membentuk anak-anak yang mempunyai IESQ yang hebat.

Ajar anak-anak konsep tauhid dan ketuhanan seawal mungkin.

Anak-anak bukan sahaja perlu diajar tentang cara mengerjakan solat, membaca al-quran, fardhu ‘ain dan sebagainya sahaja. Sebaliknya mereka perlu difahamkan tentang konsep tauhid seawal mungkin. Mereka perlu tahu dan yakin bahawa semua yang ada ini dicipta oleh Tuhan Yang Satu dan hanya kepadaNya sahajalah kita patu beribadah. Anak-anak yang memahami konsep takwa takut untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang meski pun tiada sesiapa mungkin yang akan mengetahui perbuatannya.

Semuanya ini kerana keyakinan dan kepercayaan yang telah ditanam dalam diri mereka bahawa semua yang dilakukan akan dibalas dan hidup sentiasa diperhatikan oleh Tuhan. Semua ini akan menjadi benteng diri yang mampu membantu anak-anak berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup.

Lahirkan generasi yang membudayakan ilmu.

Anak-anak yang pintar dan bijak hanya lahir daripada generasi yang membudayakan ilmu. Ibu bapa perlu jadikan budaya membaca sebagai salah satu amalan harian mereka. Galakkan anak-anak membaca pelbagai bentuk bahan bacaan.

Dedahkan mereka dengan cabang pengetahuan yang pelbagai seperti buku-buku yang membina minat dalam bidang sains dan teknologi, buku-buku cerita yang membina akhlak dan peribadi, kisah-kisah perjuangan, buku-buku mempunyai unsur motivasi, dan banyak lagi.

Kurangkan bahan-bahan picisan yang berbentuk hiburan, tahyul, lucah dan sebagainya. Dedahkan juga anak-anak dengan pelbagai isu semasa dan bincangkan dengan mereka tentang isu-isu tersebut dan kenapa ia berlaku dan bagaimana ia boleh dielakkan atau diatasi. Bawa anak-anak ke perpustakaan, kedai buku dan pesta buku. Sediakan ruang membaca dan perpustakaan mini di rumah.

Serlahkah kehebatan dan keunikan dalam diri anak.

Setiap anak itu unik dan mempunyai kehebatannya sendiri. Ibu bapa perlu peka dengan perkembangan diri anak-anak dan dedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti sosial dan ko-kurikulum. Lebih banyak pendedahan yang dilakukan maka lebih bagus sebab disitu nanti anak-anak menyedari kebolehan dan bakat mereka dalam sesuatu bidang.

Semua orang perlukan pengiktirafan dalam hidup ini dan anak kita juga tidak terkecuali. Apabila anak-anak menerima pengiktirafan terhadap penglibatan mereka dalam sesuatu aktiviti maka mereka lihat diri mereka berharga dan ini meningkatkan tahap IESQ mereka. Nicol Ann David dan Shalin Zulkifli adalah antara mereka yang telah dikesan bakat sukannya oleh kedua ibu bapa mereka sejak dari usia kecil. Kesannya, lihatlah pencapaian mereka hari ini.

Suburkan kebaikan anak-anak.

Ibu bapa begitu cepat menegur kesilapan anak tetapi lupa menyuburkan kebaikan yang anak-anak mereka lakukan. Apabila anak-anak melakukan sesuatu yang baik, ibu bapa menganggap itulah yang sepatutnya anak-anak mereka lakukan dan tiada apa yang perlu diberikan sebagai balasan. Sebaliknya apabila anak-anak melakukan perkara yang buruk, ibu bapa segera menegur, memarahi, menyindir dan menasihati.

Anak-anak perlu diberitahu apa yang salah telah mereka lakukan dan apa pula yang betul. Kalau setiap yang salah kita berikan teguran maka setiap perkara yang betul kita perlu berikan pujian. Puji-pujian menunjukkan yang kita peka dan prihatin terhadap perlakuan dan perkembangan anak-anak dan ini akan menyuburkan kebaikan.

Wujudkan sikap berkasih sayang sesama insan dan makhluk tuhan.

Sikap berkasih sayang ini perlu dipupuk dalam diri anak-anak. Dalam keadaan Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa ini sikap berkasih sayang itu mestilah tanpa mengira bangsa dan agama. Anak-anak perlu diajar bahawa setiap insan itu sama meski pun berbeza warna kulit dan rupa.

Jangan sesekali memupuk rasa permusuhan dan kebencian. Integriti kaun perlu dipupuk dari awal. Malah sifat kasih sayang ini juga perlu ada terhadap hidupan yang lain. Ajar dalam diri anak-anak kita bahawa setiap nyawa itu berharga dan setiap hidupan itu juga punya perasaan. Sifat ini menjana IESQ anak-anak dan membuatkan mereka cenderung melakukan kebaikan dalam apa jua keadaan.

Tanam sikap hargai harta benda.

Anak-anak perlu ditanam dengan sikap sayangkan harta benda sama ada harta benda sendiri atau harta benda awam. Nyatakan pada mereka bahawa harta benda itu adalah salah satu nikmat yang Tuhan berikan untuk dimanfaatkan oleh manusia. Tunjukkan kepada anak-anak betapa susahnya hidup ini kalau sampah dibuang merata-rata hingga membawa kepada banjir kilat, telefon awam dirosakkan hingga menyukarkan orang lain membuat panggilan kecemasan, tandas dikotorkan hingga menyulitkan kita menggunakannya, dinding-dinding diconteng hinga menyakitkan pandangan mata dan sebagainya. Apabila ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan ini dan tidak mengambil mudah maka generasi yang tinggi IESQnya boleh dilahirkan.

Asuh anak-anak dengan adab.

Orang timur kalau tanpa adab itu biadab namanya. Adab-adab perlu diasuh dalam diri anak-anak seawal mungkin. Anak-anak yang beradab adalah anak-anak yang halus jiwanya dan prihatin terhadap persekitaran dan perasaan orang lain. Adab-adap seperti adab makan, adab bertandang, adab dengan orang tua, adab dalam menuntut ilmu dan sebagainya mesti diajarkan.

Lihatlah hari ini apabila ibu bapa bertandang ke rumah kenalan, anak-anak dibiarkan begitu sahaja dan bebas berlari dan melompat. Ada kalanya hingga merosakkan barangan tuan rumah. Ibu bapa ini secara tidak langsung merestui tindak tanduk anak-anak mereka dan jangan hairan apabila anak-anak ini dewasa nanti mereka lakukan pelbagai perkara tanpa mengendahkan teguran dan nasihat kita.

Oleh itu marilah kita lahirkan semula generasi yang beradab kerana adab akan membentuk IESQ yang tinggi dalam diri anak-anak.

Rabu, 2 September 2009

12 hari Ramadhan...

Salam Ramadhan...

12 hari Ramadhan. Kehidupan tetap seperti biasa. Puasa atau tidak, urusan seharian tetap berjalan seperti biasa. Amanah dan tanggungjawab tetap dilaksanakan. Puasa bukan satu alasan untuk mengurangkan produktiviti.

Sebenarnya, minggu ini saya akan mengadakan kuiz untuk pelajar2 saya. Awal2 lagi saya dah pesan dengan mereka supaya bersedia. Dan semasa kuiz berlangsung, saya lihat masing2 tunduk, khusyuk. Boleh jawab atau tidak, wallahu a'lam. Tengoklah keputusannya nanti.

Tapi saya pasti mereka tentu akan mencuba yang terbaik. Kalau mereka berusaha bersungguh-sungguh tentu kejayaan akan mengiringi langkah mereka.

Selasa, 25 Ogos 2009

Hari Ke-4 Ramadhan

Hari ke-4 Ramadhan.

Alhamdulillah, sudah 4 hari Ramadhan berlalu. 

Penuh dengan nikmat, penuh dengan barakah. Dan cuaca juga seakan-akan memahami. 4 hari bumi disirami hujan. Nyaman...melegakan. Walaupun berpuasa tapi tak terasa. Urusan kehidupan menjadi mudah. Puasa bukan alasan untuk membatas aktiviti seharian... 

Rasa terpanggil untuk meng'copy paste'kan artikel yang saya baca dari sebuah blog

Marah dengan Habib Bourguiba.

Beliau adalah Presiden Tunisia yang pertama, memerintah dari tahun 1957 hingga 1987. Bourguiba selalu disinonimkan dengan Mustafa Kemal Ataturk kerana keghairahannya kepada pembaratan yang disamakan dengan pemodenan.

Isunya ialah pada tahun 1961. Habib Bourguiba telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan penjawat awam di negaranya, Tunisia , berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi menegaskan arahan itu, beliau dan anggota kabinetnya telah muncul secara langsung di kaca televisyen pada tengah hari bulan Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai.

Alasan Habib Bourguiba senang sahaja, berpuasa mengurangkan produktiviti negara!

Khamis, 20 Ogos 2009

Suami Boroi Tanda Bahagia...Betul ker???

Nice Artikel...

Selamat membaca.


===
Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah.

Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita..

Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas.

Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.

Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain.

Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah...

Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan.

Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya.

Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.

Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.

Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air mani isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.

Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering.

Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.


Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berperut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

Rabu, 19 Ogos 2009

Ramadhan is coming & somebody is leaving...




Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu 'anhu, katanya:

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban.

Beliau bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat) . Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."


Para Sahabat berkata:

"Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa?!".

Maka bersabda Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam: "Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari api neraka. Barangsiapa meringankan beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah akan mengampuni dosanya dan memerdekakannya daripada api neraka. Oleh itu perbanyakkanlah empat perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepadaNya. Dua perkara lagi yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka. Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga"

(At-Targhib, jld.II, 217-218)





Tinta Qaseh : Tinggal beberapa hari lagi untuk kita bertemu dengan bulan yang mulia ini. Moga kita diberi kekuatan olehNya untuk terus istiqamah melakukan amal ibadah. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman... Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!

Selasa, 18 Ogos 2009

Kelebihan Ramadhan


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.

-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.

- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).

-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.

-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


Tinta Qaseh : Marilah kita rebut peluang yang datang hanya sekali dalam setahun. Mudah-mudahan ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita...

Isnin, 17 Ogos 2009

Maafkan Aku Wahai Suami!



Maafkanku Wahai Suami

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang kubersuara tanpa berfikir
Semua perkataanku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tanganku
Sementara kucerita kehidupan isteri
Harap dimengertikan

Kadang-kadang kusakiti hatimu
Bila kutolak sentuhanmu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangimu...
Tekanan terlalu menyesakkan ku

Kadang-kadang aku berubah pada pandanganmu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling kuhargai
Daripada kehidupan manis bersamamu

Kadang-kadang kufikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya kuberitahumu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku...
Kau kepunyaanku

Kadang-kadang berjauhan denganmu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita...
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini...
Maafkan aku wahai suami!

Tinta Qaseh : Buat suami tersayang. Abang, maafkan diri ini kerana adakala aku bertindak yang tak sepatutnya. Maafkan aku kerana kadang kala mulut ini terlalu lancang berbicara, terkasar bahasa sehingga menyentuh rasa. Bukan niatku, mengertilah kerana aku cuma insan biasa yang banyak kelemahannya.Tapi kerana Engkau suami... sanggup aku berkorban jiwa dan raga.

Khamis, 13 Ogos 2009

Kursus Orientasi Pensyarah Baru Kolej Matrikulasi

Kursus

Saya dan beberapa rakan pensyarah terpilih untuk mengikuti Kursus Orientasi Pensyarah-Pensyarah Baru Kolej Matrikulasi. Kursus berlangsung 9 - 12 Ogos baru-baru ni. Lucu jugak, dah hampir 3 tahun berkhidmat baru diberi kursus orientasi. Tapi tak kisah la... Sesekali berkursus dapat jugak melarikan diri sekejap daripada kesibukan kuliah dan tutorial. Boleh gak ubah2 angin.

Pihak kolej telah menyediakan bas untuk menghantar kami ke tempat kursus.. Pagi Ahad tu, saya minta suami menghantar saya ke tol Darulaman untuk menunggu bas. Agak teruja juga sebab dah lama tak pergi kursus dan dah lama tak merasa naik bas. Tapi sedih juga coz' terpaksa tinggal keluarga. Aiman tak pe lah sebab dah biasa tinggal dia dengan abahnya saja. Cuma Deena (saya transit kan dia di rumah tok nya)...tak penah tinggal banyak hari macam ni. Risau...tapi saya mohon supaya Allah permudahkan segala urusan.

Alhamdulillah Deena macam tahu2 aje yang ummi tak de kat rumah 2,3 hari. Tak banyak kerenah kata ibu saya bila saya telefon. Syukur...boleh la saya berkursus dengan tenang..

Tempat

Sebenarnya, kami berkursus di Tanjung Bungah Beach Hotel, Pulau Pinang. Tempatnya...ok. Not bad... Boleh la. Scenary pun menarik tepi pantai. Boleh release tension sikit. Cuma kami tak sempat ronda Penang sebab masa jadual kursus sangat 'pack'. Duduk kat hotel ja la. Tak dak masa nak jalan2. Jadi tak dak la ole-ole untuk dibawa pulang untuk family. Lain kali aje la...

Input

Apapun input yang diberi masa kursus tu bagus2 belaka. Banyak info2 yang sebenarnya saya pun tak berapa tahu, dan terjawab dalam kursus ni. Overall tak rugi pun datang kursus ni cuma masa 1st day tu rasa sayu sebab tinggal anak2. Lepas tu dah ok la, anak2 pun tak meragam sangat.

Ni jer gambar yang sempat saya ambil...

Posing sementara tunggu nak minum petang
Backdrop pentas
Katil saya...
Pemandangan dari tingkap bilik hotel
Sunset


Jumaat, 7 Ogos 2009

Hari Interaksi MTD 2009/2010

Hari Jumaat lepas, berlangsunglah Hari Interaksi MTD 2009/2010 dimana saya bertindak sebagai penyelaras. Alhamdulillah, walaupun banyak faktor halangan segala-galanya dapat dilaksanakan sehinggalah acara yang terakhir.

Pagi Jumaat tu hujan turun sebelum Subuh lagi. Saya dah mula rasa bimbang, macam mana acara nak berlangsung dalam keadaan hujan lebat. Ketika keluar rumah pagi tu, jam 7.15 lebih kurang salah seorang AJK program menelefon saya, memaklumkan bahawa hujan masih berterusan. "Tak pe, kita ubah venue acara ke dewan" kata saya.

Memang agak kelam kabut, dengan keadaan AJK program yang masih termangu2 dan tak tahu nak mula dari mana. Sampai saja di kolej, saya terus ke dewan. Persiapan untuk explorace dan sukaneka masih belum sempurna. Terpaksa pula briefing sekali lagi kepada student. Hampir jam 8, hujan semakin reda walaupun langit masih kelam.

Akhirnya kami buat keputusan supaya acara dilangsungkan mengikut perancang asal, iaitu di Dataran Pelajar. Acara bermula agak lewat sebenarnya. Tetapi dengan komitmen yang diberikan oleh para pensyarah penasihat dan juga ajk program, setiap acara dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Rabu, 5 Ogos 2009

Swine Flu Alert

H1N1...H1N1...

KMK gempar. Hari ni screening result ke atas student keluar. Keputusannya... seorang student dah di sahkan positif dijangkiti virus tersebut. Hari ni KMK permandangan di KMK bertukar. Semuanya ber'mask'. Aku pun tak terkecuali. Bahkan pagi2 tadi masa dalam kelas, sempat aku telefon suami, minta tolong belikan mask untuk aku dan anak2.

Dalam keadaan yang mencemaskan seperti sekarang ni, ramai juga yang mengambil kesempatan. Harga mask turut melambung bersama2 kekalutan yang melanda. Bayangkan 'mask' a.k.a topeng hidung yang 2,3 hari sebelumnya cuma berharga beberapa posen dah jadi RM1 hari ni.

Itulah senarionya bila permintaan melebihi penawaran. Lately, 'mask' adalah barang keperluan. Nak xnak kena beli sebab perlu dipakai untuk mengurangkan risiko jangkitan H1N1. Yang kesiannya pelajar, berapa sangatla sumber kewangan mereka.

Tadi, sempat juga aku snap beberapa gambar dalam aksi ber'mask'. Hajatnya nak paparkan dalam blog ni. Macam kartun pulak rasanya.Nanti la kalau sempat aku uploadkan.

Ok, sambil2 tu jom kita renung kembali apa sebab sebenarnya virus ni berleluasa. Adakah sekadar jangkitan biasa @ ini sebenarnya peringatan dariNya.

INILAH UJIAN/PERINGATAN DARI ALLAH

Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut:

Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw. Nabi saw bersabda:

فر من المجزوم كما تفر من الأسد

“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)

Ini adalah suruhan Nabi saw kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.


Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya. Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.

Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah swt. Jabir bin Abdullah ra telah meriwayat:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه

" Sesungguhnya Rasulullah saw mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi saw bersabda “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (Hr Tirmizi)

Oleh itu sesiapa yg bertanggung jawab utk brsama pesakit yg berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dgn Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.

Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yg sihat (isolation).

Nabi saw bersabda:

لا يوردن ممرض على مصح

"Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.
” (Hr Bukhari)

Nabi saw bersabda:

كلم المجزوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين

“Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” (Hr Abu Nu’aim)

Hadis2 ini menunjukkan bahawa perlunya pengasingan diantara orang yang sihat dengan pesakit yg berjangkit ini. Ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan penularannya ke dalam masyarakat.

Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali menegah pesakit kusta dari bersama orang yang sihat.

Kuarantin (quarantine) dalam Islam.

Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit. Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yg sihat. Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masa lagi diperingkat permulaan.

Nabi saw bersabda:

الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده فإذا سمعتم به فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تفروا منه

“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambanya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (Hr muslim)

Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).

Aisyah ra bertanya berkata:

سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد

“Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (Hr Bukhari)

Islam menggalakkan umatnya berusaha mengelakkan dari penyakit. Antara ushanya adalah tidak masuk ke tempat yang ada penyakit berjangkit atau wabak. Ini jelas apa yang berlaku kepada saidina Umar ketika mana beliau hendak masuk ke dalam Syam. Apabila beliau mengetahui di syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata:

أفرارا من قدر الله؟

“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”

Umar menjawab:

لو غيرك قالها يا أبا عبيدة نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله

“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)

Sengaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain.

Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang. Nabi saw bersabda:

لا ضَرَرَ وَلا ضِرَارَ

“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)

Tinta normi : Bersembang dengan sahabat-sahabat saya, antara ikhtiar untuk menghindari jangkitan wabak ini selain langkah-langkah menjaga kebersihan yang kita sedia maklum, ada baiknya kita mengamalkan doa dan berusaha mengekalkan wudhuk, alang-lang membasuh tangan ada baiknya kita terus berwudhuk. Jangan lupa melazimi
ayat kursi.....
Semoga kita dijauhkan dari wabak ini.....

Selasa, 4 Ogos 2009

SELSEMA BABI a.k.a SWINE FLU

Lewat pagi ini hujan turun membasahi bumi. Alam rasa kelam, suram. Segala-galanya muram. Semuram suasana sekarang ini, dimana seantero dunia orang sibuk duk bincang pasal H1N1. Malaysiaku tercinta pun tak terkecuali dilanda virus ni. Setakat semalam dah 7 angka kematian dicatatkan. (Itu angka rasminya, tak tau la kalau ada yang tak rasmi) Yang dijangkiti memang dah beribu-ribu lemon. Ramai tu...

Pagi tadi sampai aje di kolej, tengok kawan2 lain sibuk ambik mask yang dibekalkan oleh unit HEP. Aku pun join sekali la ambik. Swine Flu Alert... (Baru semalam kata aku tak nak pakai...)
Apapun kita ikutlah arahan. Untuk langkah pencegahan. Risau juga, dah jadi macam satu wabak. Angka korban juga semakin meningkat. Rasanya elok juga kita ambik tau apa dia Swine Flue a.k.a Selsema Babi tu. Artikel ni aku copy paste, pakat2 baca la yer.. . Mungkin berfaedah kepada semua

selesema-babi-swine-influenza1

Influenza A (H1N1)

ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.


Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).


Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.


Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.


Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).


Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:


• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.


• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.


• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.


• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.


Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.


Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.


Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.


Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?

• Tidak.


Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-


i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.


ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.


iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.


iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my

Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC
• Akhbar-akhbar Utama Tempatan

Isnin, 3 Ogos 2009

Kerja...Kerja...Kerja...

Dah mula kerja balik selepas cuti panjang. 2 minggu kat rumah, tak terasa masa yang berlalu. Dunia akhir zaman, segala-galanya pantas. Lama cuti, terasa malas juga awal2 nak ke tempat kerja. Kena pula dengan situasi sekarang, yang berleluasanya virus H1N1, ngeri... Mohon dijauhkan. Bak kata suamiku kekasihku sehari sebelum aku abih cuti " Ummi, ari Ahad ni pi keja pakai mask la. Budak2 baru balik dari kampung masing2. Takut bawa virus sama". Ihh...xnakla ummi, main pakai2 mask pulak." "InsyaAllah, xpe kot." Itu jawabku. Di kolej aku tengok ramai juga student yang ber"mask". Hmm...elokla, langkah pencegahan.

Sebenarnya minggu ni aku rasa jammed jugak. Banyak benda nak kena buat. And the almost importantnya hujung minggu ni akan berlangsung Hari Interaksi MTD 2009. Aku kan penyelaras, Haiya...manyak pening ma... X pe la. I'll give my best, dengan pertolongan kawan-kawan seunit. InsyaAllah boleh kot..

Malaysia kan boleh... Aku pun boleh!

Rabu, 15 Julai 2009

Apa Itu Istidraj?

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja... Ada yang susah juga. Kenapa?


Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.
Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku." katanya sombong. Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati
juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangkaAllah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orangyang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.
Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi