Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Rabu, 3 Jun 2009

Selamat Ulang Tahun Deena

Lilypie - Personal pictureLilypie


Hari ini, genap setahun usia Deena. Deena semakin keletah. Kalau berjalan terkedek2, macam itik pulang petang. Cuma satu, deena berat mulut sikit. Belum panggil lagi abah ngan ummi. Asyik uhh.. ahhh. Tak pe..., deena masih belajar kan?? Pantasnya masa berlalu...


Terasa seperti baru saja ummi lalui waktu2 sukar ketika melahirkan Deena. Seminggu sebelum due ummi sudah turun tanda. 3 hari ummi berulang alik kehospital tapi disuruh pulang sebab menurut doktor belum sampai masanya lagi. 3 hari ummi menahan sakit tapi Deena masih belum mahu keluar. Hari ketiga, ummi dimasukkan ke wad. Sbb kata doktor ummi dah sakit banyak hari, bimbang sesuatu yang tak diingini terjadi. Doktor bagi tempoh sampai esok pagi. Kalau ummi masih tidak bersalin, doktor terpaksa 'induce' untuk mempercepatkan kelahiran.

Malam tu kesakitan yang ummi rasa semakin kuat. Menurut nurse yang memeriksa mungkin sudah sampai masa untuk ummi melahirkan. Menjelang tengah malam, ummi disorong ke bilik bersalin. Pun begitu ummi tak sendirian. Abah setia menemani ummi, memberikan semangat dan kekuatan untuk ummi menempuhi saat-saat sukar ini. Debaran ummi tak terkata, maklum ini pengalaman pertama ummi bersalin secara normal. "Subhanaka inni kuntu minaz zolimin" itulah yang menjadi bekalan, sebagai selusuh sepanjang ummi di dalam bilik bersalin. Semoga Allah permudahkan segalanya...

Begitupun, sehingga subuh ummi belum juga melahirkan. Doktor yg merawat bagi ummi tempoh sehingga jam sepuluh pagi. Kalau tidak ummi terpaksa dibedah. BEDAH!! Tidak! Ummi nak Deena lahir melalui kaedah biasa. "Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk melahirkan anak ini secara normal" mohon ummi berkali-kali. Memang ummi nak sgt bersalin normal, kerana Aiman dulupun dilahirkan secara caesarean.

Jam 8.30 pagi, abah dipanggil masuk ke dalam bilik bersalin. Doktor bagitau abah pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan.Menurut kata doktor Deena sudah tidak dapat bertahan. Denyutan jantung Deena di mesin ctg sudah tak menentu. Kalau lambat bertindak, doktor bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini. Ummi dikatil berendam airmata. Mmg ummi kecewa, keinginan bersalin normal tidak kesampaian. Dan kalau mengikut kaedah perubatan ummi sudah tak berpeluang bersalin secara normal. Akhirnya abah bersetuju, ummi perlu dibedah!

Takdir Allah mengatasi segalanya. 8 jam menahan kesakitan dibilik bersalin, ummi akhirnya disorong kedewan pembedahan.

Ketika persediaan pembedahan dilakukan airmata ummi masih menitis. Laju.. "Sabar kak, ingat Allah banyak2." InsyaAllah tiada apa2 masalah. Doktor cuma berusaha melakukan yang terbaik, untuk mengelakkan sesuatu yang tak diingini" "Akak jangan takut ya" Macam-macam kata nasihat yang diberi oleh nurse dan doktor2 yang mengiringi ummi ke dewan bedah. Ummi sebenarnya pasrah. "Ya Allah, andai ini ketentuanMu, aku redha." Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Cuma ummi terkilan...

Jam 10.30 pagi lahirlah Deena. Mendengar tangis pertama Deena ummi ucapkan syukur. Bersyukur kerana Deena lahir dalam keadaan yang sempurna. Bersyukur kerana ummi sekarang sudah mempunyai dua cahaya mata. Ahlan Wa Sahlan
puteriku. Selamat datang ke dunia yang penuh pancaroba....Semoga kau menjadi anak yang solehah dan juga muslimah yang sejati. Engkaulah serikandi yang akan mewarnai hidup abah dan ummi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi