Kelmarin, abah bawa ummi, Aiman & Deena ke tasik. Dah 2 bulan lebih rasanya kami tak datang sini. Tiada kesempatan... Abah sibuk ngan praktikumnya kat Manjalara, KL. Bila abah balik ke sini ujung2 minggu, abah ajak balik ke kampung. Kadang-kadang banyak keje kat rumah. Hari minggu je la masa yang ada untuk settlekan semuanya. Mana sempat nak jalan2...
Ummi pula, keje, petang baru balik. Seharian di tempat keje, mmg tak daya dah rasanya nak kluar bawa anak-anak ambik angin. Kenala tunggu ujung minggu gak baru boleh keluar. Tu pun kadang-kadang jer sbb banyak keje rumah yang menanti.
Alhamdulillah, hari ni Allah bagi ruang untuk abah dan ummi bawa anak-anak jalan-jalan. Tu pun kat tasik yang tak lah jauh sangat dari rumah. Ok lah tu, daripada duk terperap kat dalam rumah jer..
Sebelum ke tasik kami singgah ke pasar malam kejap. Beli kudap-kudapan. Boleh gak isi perut sambil-sambil menjamu mata kat tepi tasik. Aiman minta keropok lekor ngan nugget. Abah beli buah rambutan. Ummi beli air minuman 2 cup. Cukupla tu..
Sampai kat tasik, Aiman ngan Deena la paling seronok. Bebas rasanya, berlari-lari di tepi tasik. Sekejap kesini sekejap kesana. Jenuh gak ummi kejar budak2 berdua tu. Sukala depa tu. Kalau tak sepanjang hari terkurung dalam rumah. Boring memang boring. Tapi nak buat cam ner. Ummi tak harap kalau nak lepas Aiman ngan Deena keluar main sendirian. Even depan rumah sekalipun. Dunia hari ni macam-macam boleh berlaku. Biarlahlah ummi beringat. Kata orang "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna".
Tak pe lah kalau sesekali jer keluar. Janji ada masa juga untuk anak2. Kuantiti tak penting, tapi kualiti kena jaga. Petang ni mmg ummi dan abah layan Aiman dan Deena cukup2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan