Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Isnin, 1 Jun 2009

Alahai Deena...

Petang semalam ummi balik keje lewat sikit. Singgah kedai jahit, nak upah buat baju baru. Klau keje pakai uniform kan senang. Tak payah selalu2 nak tempah baju. Sampai kat rumah, Aiman ngan Deena pun apalagi...duk menyendeng je la dkt ummi. Maklumla seharian ditinggalkan. Abah kedepan, menjemur baju di ampaian. (thanks abang, tolong meringankan keje2 kin kat umah) Sehari abah melayan Aiman hari ni. Maklumla dua2 beranak cuti. Lepas layan anak2 ummi kebilik sekejap, nak tukar pakaian. Baru jer ummi masuk, terdengar bunyi benda jatuh.

"Allah, adik jatuh" jerit abah kat luar. Ummi kedepan tengok2 Deena dah tersembam. Aiman diam terpaku kat atas sofa. Ummi angkat Deena," selop", menangis x kluar suara. Biru dahinya, bengkak. Ummi demah2 dahi Deena, ummi pujuk2 "Sayang Ummi, diamlah...". Akhirnya Deena terlena dipangkuan ummi.

Lepas masukkan Deena ke dalam buaian ummi tanya abah "Macam mana adik jatuh bah?". "Adik jalan laju sangat, bersilang2 kaki. Tersangkut kaki sendiri, tersembam la..." OOh...Ummi ingatkan Aiman usik adik sampai jatuh.

Hmm..Deena Deena. Gopoh sangat. Tau la baru dapat kaki, berjalan ngalahkan orang yg dah expert. Kan dah jatuh, Deena jugak yang sakit. Lain kali hati2 ya sayang...

Hidup ini begitulah anak-anakku. Jatuh bangun itu asam garam kehidupan. Itulah yang mendewasakan. Andai kalian jatuh, bangunlah kembali, aturlah langkah, teruskan perjalanan kerana bahagia ada di penghujung sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi