Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Ahad, 9 Oktober 2011

Lemang Lepas Raya

Salam pagi Ahad semua.

Nak tulis entry pasal lemang lah hari ni. 

Kami balik kampung hujung cuti hujung minggu baru-baru ni.. Suami dan ipar duai pakat-pakat  nak buat lemang. So, kami pun tumpang sekaki. Dekat 4 gantang jugaklah beras pulut yang digunakan untuk buat lemang tu. Meriah...Macam nak sambut raya rasanya.

Ni kira balas dendamlah ni sebab raya puasa hari tu tak sempat nak bakar lemang. Jadi, kali ni buat besar-besaran. Dapatlah dekat 35 batang. Hmm...puas makan. Siap tapau bawa balik rumah lagi. Pagi ni sempat juga bawa ke tempat kerja. Bolehlah diorang merasa lemang Gulau. Alhamdulillah.

Ekceli, sebelum berkahwin dengan suami, saya tak pernah tengok orang buat lemang secara live. Selalu tengok yang dah siap masak dah. Yelah persediaan nak buat lemang aja dah bermacam2, bermula daripada nak mencari buluh,  sampailah ke acara membakar lemang. Ya Allah...banyaknya keje yang nak dibuat. Bukannya senang. Padanlah diorang jual RM8-RM10 sebatang kot tepi jalan tu.

Tapi bila buat beramai-ramai kat kampung ni, pakat buat sorang sikit, keje yang banyak pun jadi mudah. Tu isteimewanya duduk kat kampung. Semangat gotong royong masih menebal, boleh mengeratkan silaturrahim sesama insan. Bahan-bahan pula banya yang  boleh didapati disekeliling rumah.

Oklah, tak mau pot pet banyak-banyak. Jom tengok gambar-gambar yang sempat saya snap masa hari kejadian tu...

Buluh-buluh yang dah siap ditebang dan dipotong mangikut panjang yang dikehendaki
Daun pisang menunggu giliran untuk dimasukkan ke dalam buluh lemang.
Kumpul dulu kayu api...
Hurry up....


Ha...kumpul banyak-banyak tau...

Nuha ngan tok wan nya enterframe sat...

Aktiviti membelah kepala...opss kelapa
Rajin ler budak-budak ni nak menolong
Pakat-pakat angkat sorang satu. Taruk kat dapur. Sat gi abah nak mesin nyoq pulak.
Tok wan ambik alih tugas. Teropong buluh dulu...
Gulung daun pisang....
Taruk dalam buluh lemang. Ejas-ejaslah sikit..

Buh beras pulut dulu..pas tu tuanglah santan
Baris molek-molek...sedia untuk dibakar.
Api jangan garang sangat no...sat gi rentung plak lemang tu
Ha...jangan nak lari..tunggu lemang sampai masak
Yea..yea..lemang dah masak...
Hmmm...yummylicious...
Cicah ngan rendang or gulai...Mak aiihh...sodapnya...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi