Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Khamis, 13 Oktober 2011

Aiman dan peperiksaan


Minggu ni merupakan minggu yang penting bagi Aiman. Sepanjang minggu ni berlangsung peperiksaan akhir PASTI. Dan hujung minggu ni pulak Aiman akan menduduki Ujian Kelayakan Sekolah Rendah Islam Alor Setar.

Fuh!!! Aiman exam tapi ummi dia yang kelam kabut. Dok terfikir-fikir, macam mana lah Aiman jawab periksa hari ni. Boleh jawab ker? Betul ka tidak jawapan Aiman tu ?

Tapi Ummi tengok Aiman relax aja. Bagi sekolah siap dia bagitau lagi..."Ummi, Aiman cekaplah Ummi. Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu semua Aiman boleh jawab". Sengih-sengih lagi tu... 

Hmm...kalau Aiman boleh jawab Alhamdulillah. Walau pun Aiman baru di peringkat Pra Sekolah, ummi berharap Aiman mulakan lonjakan daripada mula. Biar Aiman sentiasa menjadi hambaNya yang cemerlang, dunia dan juga akhirat. Aiman juga model kepada adik-adik. Bila Aiman cemerlang InsyaAllah Deena dan Nuha juga akan berusaha untuk menjadi cemerlang.

Dan Ummi juga berharap Aiman menjalani ujian kelayakan hujung minggu ni dengan jayanya. Sebab ummi sangat-sangat berharap Aiman dapat menjalani persekolahan di sekolah tu. Mendalami ilmu agama sebanyaknya disamping ilmu akademik. Semoga Aiman menjadi anak ummi yang bertuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi