Firstly, nak ucapkan tahniah buat sahabat saya yang baru menceburkan diri ke dalam dunia blog. Welcome to the blogging club Ta. Wah! Wah! Makin bertambah ahli unit yang ada blog sendiri sekarang ni. Meriah gitu. Anda boleh membaca tulisan beliau di blog Seuntai Rasa Secangkir Bicara. Lepas ni ghajin-ghajin hapdet tau...
Ok lah. Kembali kepada tajuk di atas, nak cerita tentang Aiman yang menduduki ujian kelayakan di Sekolah Rendah Islam Alor Setar (lepas ni disebut SERIAS) kelmarin. Awal-awal pagi lagi kami keluar dari rumah menuju ke SERIAS. Sampai saja kat depan pagar sekolah, dah berderet kereta memenuhi ruang parkir.
Kami terus ke meja pendaftaran, daftar nama dan hantar Aiman masuk ke dalam barisan. Ramai betul calon yang hadir kelmarin. Semuanya membawa satu tekad dan harapan, untuk menjadi salah seorang warga SERIAS.
Kalau ikut taklimat yang diberikan keseluruhannya ada 170 orang calon, sedangkan cuma 105 tempat sahaja yang akan ditawarkan untuk murid tahun satu untuk sesi persekolahan 2012. Jadi, untuk berlaku adil, pihak sekolah terpaksa melakukan ujian kelayakan ini untuk memilih pelajar-pelajar yang layak meneruskan persekolahan di SERIAS.
Berdebar dada saya mendengarnya. Mampukah Aiman menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik? Bolehkan Aiman menghafaz dan menyebut semua hafazan yang diminta oleh penyoal. Hanya doa yang saya panjatkan dalam hati. Berilah kemudahan untuk Aiman Ya Allah...
Sebenarnya saya amat berharap agar Aiman tergolong dalam kelompok yang 105 orang itu. Entah kenapa saya betul-betul berkenan dengan biah sekolah ini dan berharap agar Aiman menjadi salah seorang pelajarnya. Mudah-mudahan harapan saya itu akan menjadi kenyataan. Mudah-mudahan juga Allah akan memakbulkan hasrat murni seorang ummi ini...
p/s : tunggu keputusan ujian satu minggu dari sekarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan