Atas semangat kesukanan maka kami ramai2 menghadirkan diri untuk menjayakan acara Larian kakom baru2 ni.
Acara berlangsung pada hari Sabtu, 12hb Oktober 2012.
Sampai saja ke KMP kami meuju ke khemah yang disediakan untuk bersarapan. Menunya nasi lemak dan teh o panas.
Alhamdulillah...perut dah kenyang...
Lepas makan, duduk sembang-sembang dan bergambar sesama rakan.
|
|
|
Sempat juga snap gambar agensi-agensi luar yang terlibat mengawal dan memastikan kelancaran acara pada pagi tersebut.
|
|
Kemudian masing-masing bergerak ke padang kerana acara warming up akan bermula. Pakat bersenam robik lah pulak..
|
|
Selepas warming up, peserta mula bergerak ketempat pelepasan acara. Mula-mula peserta acara wanita dulu.
|
Pelepasan peserta dilakukan oleh Tuan Pengarah KMP sendiri. "Sedia...1,2...pnnnnnn" hon dibunyikan dan acara bermula
|
|
|
|
Seterusnya peserta lelaki pula dilepaskan.
|
Larian tamat lebih kurang pukul 10.00pagi.
Kami bergerak pula ke DSK untuk acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Pada majlis ini, ahli2 kontijen Kakom KMP diperkenalkan seorang demi seorang.
Majlis tamat sepenuhnya pada jam 12 tengahari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan