Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Selasa, 22 Mei 2012

Kembali Ber Entry...

Dah lama tak update, agak slow juga nak buat entry semantara mood menaip tu nak datang kembali. 3 minggu bercuti, memang tak sempat nak buat entry. Tambahan pulak kalau kat rumah, lappy tu memang dah kategori nak jadi bahan arkib dah. Lemau sungguh-sungguh. Nak on, nak loading semuanya lambat. En. suami, sila beli lappy baru yer... 

Lama tak menulis terasa macam-macam cerita yang nak dimasukkan dalam blog kesayangan saya ni. Ada suka dan ada duka. Semuanya bersimpang siur.

Minggu ni merupakan minggu yang menggembirakan buat keluarga kami, kerana abah dan mak bakal menerima kehadiran 3 orang menantu. Pertambahan ahli keluarga yang mendadak. Secara rasminya, sorang bakal menandatangani kontrak menjadi a part of a family seumur hidup, insyaAllah. Manakala 2 orang lagi will be coming soon.

Sabtu lepas (18/5/2012) adik lelaki saya Zakuan a.k.a Achik bertunang dengan orang Segamat Johor. Entry pertunangan Achik akan saya masukkan kemudian.

Ahad depan (27/5/2012) pula adik perempuan saya Sarah a.k.a mak teh dikalangan anak buah akan melangsungkan perkahwinan dengan pemuda pilihan hatinya Shuib.

Manakala pada hari Khamis (31/5/2012) selepas kenduri Sarah, kami beramai-ramai akan bertandang ke Langkawi untuk majlis pertunangan adik lelaki saya yang sorang lagi Naim.

Hmm...huru hara kan??? Nampak gayanya sejarah berulang lagi selepas abah dan emak menerima kehadiran menantu berturut-turut pada 2003,2004 dan 2005. Allah punya kuasa.

Kat tempat kerja, minggu ni kami sibuk dengan kursus dan bengkel. Sepanjang minggu ! Dalam masa yang sama juga ada beberapa perkara penting yang bakal berlaku. Awal-awal minggu kami dimaklumkan bahawa masa bekerja adalah dari 8.00 pagi sehingga 4.00 petang. Alhamdulillah...hak kami telah dikembalikan.

Satu lagi, kami menerima khabar bahawa 4 orang ahli unit kami akan ditukarkan ke Kolej Matrikulasi Perlis. Allahu Akbar. Sesak dada rasanya kerana 4 orang itu merupakan pensyarah-pensyarah DG44 dan tentunya saya merupakan salah seorang daripada mereka.

Apapun kita tunggu kesahihannya nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi