Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Selasa, 27 November 2012

Cuti-Cuti Malaysia...Pantai Timur 1

Alhamdulillah, hajat yang dipendam sekian lama akhirnya terlaksana juga. 

Sebenarnya, sebelum ni kalau nak travel jauh2 dan berhari2 terfikir juga, mampukah wira (KBH5482) tua saya tu???

Tambahan pula, cuti saya dengan cuti suami dan anak-anak jarang sangat bertembung. Susah kalau nak bercuti jauh2 ataupun nak pegi mana lama2.

Tapi Allah sampaikan hajat kami tu tahun ni. Ada transport yang sesuai, cuti matrik yang bertembung dgn cuti sekolah (even hanya 2 minggu) Pantai Timur kami jelajahi (15 Nov 2012 - 19 Nov 2012).

Hari Pertama (Khamis - 15/11/2012)
Semua bangun awal . Masing-masing teruja. Nak berjalan jauhla katakan...Kami bertolak pukul 8 lebih kurang.


Dalam perjalanan sempat singgah sekejap dirumah Ustz Asri kat Grik, best fren En. Tahiri masa study kat UPSI. Dah tengahari masa tu. Ustaz Asri ada pelawa kami makan tghr kat rumah dia. Tapi terpaksa kami tolak. 


Sebenarnya kami dah makan kat hentian Perah sebelum tu. Lagipun kesian tuan rumah, terima tetamu tiba2. (Ni kes tak tepon dulula habaq nak singgah niii...) .Kelam kabut diorang suami isteri, dah la pagi tu baru jer sampai dari mengiringi rombongan sekolah ke Melaka. ^_^




Perjalanan diteruskan. Singgah sebentar dihentian Titiwangsa. Suami sorang saja yang turun. Saya dan anak2 tunggu dalam keta. 

Menikmati pemandangan dari puncak titiwangsa memang mengasyikkan. Tetapi sesekali rasa seram juga sebab suami parking keta dekat sangat ngan jurang. Kepala membayangkan macam2. Ishhh...ngeri...


Masa kat titiwangsa dah start call Pak Tam, kata Pak Tam dari situ dlm 2,3 jam sampaila ketempat dia nak pick up kami.

Lebih kurang pukul 5 kami jumpa Pak Tam depan UITM Machang. Lepas jumpa Pak Tam, kami just follow dia ke chalet yang ditempah untuk kami menginap sepanjang bercuti kat Kelantan.

Dah dekat pukul 6.15 sampailah kami ke Permai Resort, Pantai Sri Telong, Bachok.



Kami meninjau ke dalam chalet. Ruangan dalam yang sangat selesa dan agak luas. Ada 1 double bed dan 2 single bed. Lebih dari cukup untuk kami 5 beranak. Thanks Pak Tam... ^_^



Anak-anak pula riuh rendah bermain dengan playground yang disediakan oleh tuan punya chalet. Memang enjoy habis tengok diorang tu. Tak tau rasa penat walaupun menempuhi perjalanan hampir 1 hari. Haishh...budak-budak ler katakan... 


Pak Tam suruh kami berehat2 dulu. Katanya "malam nanti kita bakar ikan". Memang betul pun, lepas maghrib kami berziarah kerumah Pak Tam kejap. Lepas tu Pak Tam sekeluarga datang ke chalet dengan membawa ikan segar untuk dibakar. 

Hasil laut pantai timur memang tak mengecewakan. Manis dan sedap rasa isi ikan tu walaupun Mak Tam just perap dengan garam saja. Suami pun kata macam tu.


Habis saja acara bakar membakar, kami semua masuk kedalam chalet. Masing2 dah tak sabar2 melelapkan mata. Letih sangat rasanya...

Kejap saja dah zzzzzz...

To be continued...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi