Hari Kedua (Jumaat - 16/11/2012)
Hari kedua di Kelantan, Pak Tam bawa kami ke Rantau Panjang. Kira Pak Tam jadi tourist guide kamilah hari ni...
Hari kedua di Kelantan, Pak Tam bawa kami ke Rantau Panjang. Kira Pak Tam jadi tourist guide kamilah hari ni...
Ekceli, saya memang nak sangat ke Rantau Panjang ni. Biarpun orang kata lebih kurang macam Padang Besar kat Perlis @ Bukit Kayu Hitam kat Kedah, nak pergi juga.
Lebih kurang pukul 11 kami sampai di Rantau Panjang. Orang dah mula ramai. Puas juga 2,3 kali berpusing mencari parking.
Memang banyak gerai jualan yang menjual pelbagai jenis barangan kat sini. Kebanyakannya pula barang2 dari negara jiran. Rambang matalah juga saya dibuatnya. ^-^ (ekceli barang2 ni lah juga yang dijual diPadang Besar)
Dari Rantau Panjang kami terus menghala ke Kota Bharu (slps solat Jumaat) sebab saya minta Pak Tam bawa kami ke Pasar Khadijah. Dah plan, nak beli tudung bawal banyak2. Banyak jugalah tudung yang saya borong. Cukuplah stok tudung untuk 2,3 tahun kot...(^,^)
Lepas shopping kat KB, kami kembali ke Bachok. Singgah sekejap kat Pantai Irama, ambil angin petang dan makan colek (aneka makanan laut yang dicelup tepung dan digoreng.)
Hampir maghrib kami bertolak balik ke chalet. Badan dah penat, mata pun mengantuk.
To be continue...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan