Orientasi pada 30 & 31 Disember 2014
Disebaliknya tersembunyi hikmahNya
Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!
Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...
Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa
Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...
Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa
Rabu, 31 Disember 2014
Isnin, 20 Oktober 2014
Isnin, 22 September 2014
Damai Gunung
Tak habis lagi dengan kisah-kisah mandi kolam, air bukit dan privasi.
Rentetan daripada bersantai di Slak Denai beberapa minggu sudah, kami terpanggil untuk menghabiskan cuti di kolam macam tu jugak.
Tapi sayangnya, Salak Denai kalau tanya last minit memang payah la nak selit masuk. Dapat hari tu pun kebetulan langkah kanan.
So, sebab semnagat Salak Denai tu masih menyala, saya try pulak dengan Damai Gunung Resort.
Konsepnya sama macam Salak Denai, 1 kolam 1 chalet, cuma environment dia berbeza sedikit. Yang ni letaknya tepi jalan. Sambil2 mandi kolam, dengarla kereta duk menderu menderam...hihihi
Apapun misi tetap terlaksana. Hasrat nak bagi anak-anak happy. Budak-budak tu tak kisah. Asal ada kolam, air...jalan.
Khamis, 4 September 2014
Salak Denai...Destinasi Percutian Keluarga
Akhirnyaaa....
Sampai juga kami. Hampir 2,3 bulan mengejas mencari tarikh yang sesuai. Alhamdulillah 30/8 baru2 ni diizinkan Allah ke sini.
![]() |
Sungai bersebelahan kawasan chalet. Jernih dan sejuk airnya. En. Tahiri sempat turun basuh2 muka sementara menunggu nak check in. |
Tu pun rasa macam separuh hati jerr nak pegi sebab ramai yang tak leh join mula-mulanya. Masing-masing ada komitmen lain. Macam kami lima beranak ja yang akan ke sana. Dah lah amik chalet besar @ chalet Siti Aisyah.
Takdirnya pula hujan sepanjang minggu. Saya ada sms tanya owner chalet, tanya keadaan kat sana. Memang hujan pun dia jawab. Dah mula cuak sebab takut air keruh, sejuk nak berendam macam mana.
Tapi lepas bincang dengan en. Tahiri, dia kata kita on aja lah. Dah la nak booking susah. Kita pederaih tengok macam mana.
![]() |
Mak-mak pulak sibuk memasak & gossiping...hihi |
Kami bertolak dari rumah dah agak lewat. Singgah sana sini beli barang dulu. Dipendekkan cerita, hampir pukul 12.00 baru kami check in di sana.
![]() |
Sehari suntuk duk dalam kolam ni aja... |
![]() |
Posing2 sebelum balik... |
![]() |
Pengsan kepenatan... |
Apapun chalet ni macam dah masuk dalam kalender cuti-cuti kami sekeluarga. InsyaAllah jika ada kelapangan waktu dan kesempatan, kami pasti akan kembali ke sini.
Selasa, 5 Ogos 2014
Cerita Raya Kami - Part 3
Yang ni cerita raya ke lima...
Asalnya plan nak p beraya kat umah adik kat sg. petani. Konon nak masak2 dan makan2 kat rumah dia.
Tapi plan bertukar last minit. Adik ajak makan kat luar, lepas tu naik ke Gunung Jerai..
Hmm...ok la jugak memandangkan saya ni seumur hidup x penah jejak kaki ke sana...
Nak naik ke atas memang agak menggerunkan dengan jalannya yang sempit dan banyak selekoh tajam.
Walaupun en. tahiri yang drive rasanya saya yang banyak tekan brake...hihihi...Anak-anak pun kecut perut...Saya siap cakap tak mau naik dah ke sini.
Tapi memang berbaloi bila dah sampai kat atas. View dia memang cantik. Rasa nak datang pulak sini lain kali.
Cerita Raya Kami - Part 2
Ha ini la programnya...
BBQ malam raya...hihihi...
Tahun ni tahun ke 3 wat bbq raya. Dah jadi macam acara tahunan dah...
Adik2 pulak kalut duk tanya...ada bbq dak? So...terpaksa la si kakak ni uruskan jugak bbq.
Petang dah start acara pelekat arang. Jenuh jugak en. tahiri guna pelbagai skil untuk menghidupkan arang tu.
Bila arang dah menyala elok upacara bakar membakar pun bermula. Sebelum maghrib lagi dah start membakarnya. Saja mula awal, sebab target nak habih awal. Boleh menyimpan awal. Pas tu, tidur pun awal...:-)
Dah siap bakar main lambak dalam talam jer...x der la serve special sangat. Pakat duk kerumun talam sampai kelam. Hihihi
Sebenarnya ada menu lain jugak malam tu. Saya buat spaghetti sikit. Ada juga nasi lemak dari umah mak...
Yang dibakar2 tu ada ayam, daging rusa daging kambing sosej pelbagai perasa, ada blackpepper, ada cheese ada yang plain. Saya sempat juga buat sos steambot ala Johnny...kununnya...
Tapi semua tu selamat masuk dalam perut. Tak sempat nak di snap gambarnya...
Cerita Raya Kami - Part 1
Kuih raya main tunjuk2 ja...memang tak buat sebijik habuk ponn...
Harapkan agar2 kering 2 talam, tupun separuh dah abih sebelum raya dikerjakan dek Deena dan Nuha...sejam cukai sebijik...
Ketupat saya tempah dengan mak cik Chik aja, siap rebus...malam raya dah boleh makan... :)
Cuma petang sebelum raya jer saya masak rendang sikit...tak banyak...dalam sekilo daging. Dah lebih cukup tu utk kami 5 beranak.
Lepas sembahyang raya kami gerak ke rumah mak abah saya. Tak jauh mana pun, selang 2 lorong ja...Kat sana my sisters & brothers dah ramai berkumpul.
Macam2 drama la boleh tengok. Tapi taun ni memang wefie of the year...sikit2 wefie...
Sempat la juga bertandang ke rumah jiran sebuah dua...selebihnya duduk kat rumah ja buat persediaan utk program sebelah malam...
Apa program nya??? Sambung part 2 yerrr...
Jumaat, 4 Julai 2014
Sebelum Ramadhan
Kami balik kampung nak sambut 1 Ramadhan baru-baru ni.
Sempat lagi ke sungai sehari sebelum Ramadhan. Berkelah makan nasi kat sana.
En. Tahiri pula sibuk duk kutip batu2 sungai nak bawa balik ke Jitra - untuk projek landskap dia la tu...
Sambil tu sempat juga menjala anak-anak
Macam biasa kalau ke sungai memang betul2 happening...anak-anak bagai dikata lah. Sampai sungai terus berendam. Dah masuk dalam air tu nak ajak balik cukup susah...
Sambil anak-anak mandi, abah pekena kopi dulu...
Langgan:
Catatan (Atom)